Friday, January 22, 2010

LAMAN RUMAHKU!!!

Setelah 2 tahun kami sekeluarga pindah rumah, pelbagai pengubahsuaian telah kami lakukan..Dalam masa 2 tahun macam-macam sudut dan ruang dalam rumah yg kami renovate..Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah Kurniakan kepada kami sekeluarga..Dari satu sudut ke sudut yg lain pasti ada kelainan..Kali ni kami membuat satu perubahan pada laman rumah kami..Dulu laman rumah penuh dengan pokok bunga..Kali ni kami tambahkan lagi seri laman dengan kolam kecil..Kolam air pancut..Sy memang suka tengok kolam air pancut ni..Bukan kecantikkan yg sy pandang, tapi keindahan ukiran seninya..Bagi sy, dengan penambahan laman yg dihiasi dengan kolam air pancut, boleh memberi suasana yg tenang utuk bersantai pada waktu petang..Lepas ni tiap-tiap petang boleh la sy bersantai-santai di laman rumah kami sambil menikmati bunyi desiran air pancut yg cukup tenang dan menyejukkan mata memandang..

ZIANA ZAIN & ANUAR ZAIN FOREVER!!!

Setiap orang pasti ada minat dan kegemaran masing-masing..Tak kira dari segi makanan, pakaian, tempat, atau apa-apa sahaja yg mendatangkan minat pada diri masing-masing..Kalau dari segi kesenian, minat sy sudah semestinya Ziana Zain & Anuar Zain..Dari zaman kanak-kanak hingga la kini, sy setia meminati Ziana Zain & Anuar Zain..Rasanya kawan-kawan sy pun tahu minat sy ni..Kadang-kadang rasa malu pun ada jugak..Mesti mereka ingat sy ni fanatik sangat..Tapi, sy tak la sampai ke tahap fanatik..I still under control..Sy cuma peminat biasa je..Tidak terlalu ghairah meminati mereka..Just minat biasa-biasa je..Walaupun sy peminat setia mereka..I just like their attitude & their talent..Both of them are very talented..For me, both of them are very kindly & friendly person..Dapat berjumpa dengan mereka adalah perkara yg cukup gembira bagi sy..

Nak tahu tak kenapa sy begitu meminati mereka berdua ni?? Apa yg membuat sy tertarik & meminati mereka ialah sikap peramah & mereka cukup baik melayan peminat mereka..Ziana Zain dan Anuar Zain adalah contoh yg bagus apabila melayani peminat mereka..Sy memang selalu mengikuti show mereka berdua ni..Selagi sy boleh kejar, sy tetap akan kejar mereka..Kejar!! Jangan tak kejar..Hehe..Just wanna share my experience bila sy jumpa mereka..Biasa la..Kalau dah menjadi kegemaran ramai, pasti setiap show penuh dengan peminat yg berebut-rebut nak minta sign autograph, nak bergambar(termasuk la sy)..Huhu..Pasti suasana penuh sesak..Tapi, Ziana & Anuar bersikap professional..Mereka cukup baik melayan peminat mereka..Walaupun mereka penat menyanyi, nak melayan peminat lagi, tapi mereka tetap melayan peminat dengan baik sekali..Malahan mereka masih boleh melemparkan senyuman yg manis kepada peminat-peminat mereka..Itu yg buat sy cair tu..Ini la artis contoh yg begitu baik melayan peminat-peminat yg menyokong mereka..Bukan setakat itu, sy meminati mereka kerana kagum dengan bakat yg mereka miliki..Suara mereka berdua juga bagus..Malah mereka berdua sama hebat! Sama mantap!! Mereka bersaing secara sihat..They support each other ..Itu la yg sy kagum..Mereka bukan sekadar adik-beradik, malah mereka sebagai kawan yg saling menyokong antara satu sama lain..Teruskan usaha anda berdua..I will support both of you forever! Ziana Zain & Anuar Zain Forever!!
*Layan la gambar-gambar kat bawah ni..All of this photo are my sweet memories, my sweet moments with Kak Ziana & Abang Nuar..Layannn!!!!

SwEeT CoUpLe..NaDia & Anuar ZaiN

NaDia & Anuar ZaiN

ZiaNa ZaiN

NaDia & ZiaNa ZaiN

"Dear NaDia, I Love U"..Special from Anuar Zain


ZiaNa ZaiN

ZiaNa ZaiN & Anuar ZaiN

Wednesday, January 6, 2010

Rambut Pendek Fesyen 2010

Hari ni sy pecah rekod potong rambut pendek..Setelah sekian lama sy selesa dgn rambut panjang..Tapi,hari ni bertarikh 6/1/2010 sy telah pecahkan rekod dengan memotong rambut pendek..Actually sy ni fobia dengan rambut pendek..Masa kecik2 dulu sy pernah berambut pendek.. Bukan setakat pendek,tapi dah agak tomboy gayanya..Sejak tu sy tak suka berambut pendek..Biar la walaupun panjang,sy tetap suka..Tapi,hari ni kiranya sy telah melakukan pengorbanan..Mengorbankan rambut panjang yg sy sayang..Tapi,nak buat macam mana..Sy redha! Ni la fesyen rambutku di Tahun 2010 ni..Amacam??? Cantik tak??

Tuesday, December 22, 2009

Sesuai tak??


Baru-baru ni sy ada dinner..As usual..Mesti la nak bergaya skit..Sy pun cuba la pakai tudung yg berfesyen skit..This is my first time wearing this shawl..Slalunya sy pakai tudung yg simple je..Tapi,kali ni dah nama pun dinner mesti la nak buat kelainan skit..Bila sy tengok balik, rasa macam comel plak sy pakai tudung macam ni..Hehehe..Bukan nak puji diri sendiri,cuma sy rasa nampak sweet bila pakai tudung macam ni..So, anyone of my friend yg baca blog sy ni, just leave your comment..I just want to know your opinion..Sesuai ke tak sy pakai tudung macam ni??

Friday, November 27, 2009

Research!!!

Akhirnya siap jugak research kami..Hampir 2 semester kami menyiapkan Research ni.. Now, I know how difficult to do this Research..Pelbagai dugaan & cabaran kami tempuhi, kalau setakat kena tegur dengan supervisor tu dah biasa la bagi kami..Itu lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar.Pada tanggal 23 hb November 2009 maka tamat la riwayat Research kami..Sy sendiri yg menghantar Research ni ke Pejabat Pentadbiran di Fakulti kami..Lega rasanya setelah hampir 2 semester, akhirnya segala-galanya yg berkaitan dengan Research telah pun selesai..Syukur,Alhamdulillah..

My Birthday!!!


Just want to share my special day which is My Birthday on 11/11. For me, 11/11 is the lucky number..Banyak keistimewaan tarikh ni..Alhamdulillah,sy dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki..Bersyukur dengan segala nikmat yg diberikan.. Thank you so much to my family & my friends that wish my birthday..Sy rasa bersyukur sangat & sy sedar betapa ramai orang yg menyayangi diri sy..Paling best yg sy nak share kat sini ialah My Birthday Cake..This time i got very special cake for my birthday which is "Butterscotch Cake" from Secret Recipe. Pada mulanya sy ingatkan kek ni biasa je..Dah biasa makan kek kat Secret Recipe. Tapi,kali ni sungguh berbeza..Butterscotch Cake ni teramat la sedap..Bukan setakat sy je, family & saudara-mara sy pun suka kek Butterscotch ni..Sebelum ni sy suka makan Roti Butterscotch(Gardenia).. Rupa-rupanya ada lg yg lebih sedap drp Roti Butterscotch..Sehingga ke hari ni sy masih lg teringat kesedapan kek Butterscotch tu..Sy rasa bertuah kerana sy adalah antara orang yang terawal merasmikan kek tu sebab Buttercotch Cake adalah antara kek terbaru keluaran Secret Recipe..Yummy!! Yummy!! Sedap betul kek ni..Kepada anda semua,kalau nak rasa keenakkan Butterscotch Cake tu,sila la cuba ye!! Dijamin anda puas hati!! Rasa sekali,pasti nak lagi..Hehehe..Selamat mencuba!!!

Thursday, November 26, 2009

My Bestfriend Forever!!!!

Kali ni sy sronok nak crita tentang “My Bestfriend Forever”..Mereka ialah Nur Syakirin(Syarq), Hazirah, Adilah, & Izzah. We known each other since we are in Secondary School. Byk kenangan manis kami bersama di zaman skolah..Sudah agak lama kami tak berjumpa.. Walaupun kami jarang berjumpa,persahabatan kami tetap utuh, teguh & bersatu hingga ke hari ni dan selama-lamanya. Setelah sekian lama,akhirnya kami bejumpa..Pada mulanya kami berjumpa secara tak rasmi.Kawan-kawan sy ni bijak orangnye..Pandai betul mereka mengatur strategi.Mereka datang “Terjah” ke rumah sy. Walaupun first time datang rumah sy,tapi mereka bijak mencari jalan ke rumah sy.Maklum la,sebelum ni ramai yg sesat jalan bila ke rumah sy..Kawan-kawan sy ni memang “Bijak!! Bijak!!" Dengan kedatangan mereka secara “Terjah”,masa tu terkejut sy dibuatnye..Ye la..Mereka datang tanpa pengetahuan sy. Surprise la konon..Hehehe..Sebagai tuan rumah,sy layan je la tetamu sy ni..Walaupun dalam keadaan yg agak terkejut,sy tetap rasa happy sebab hampir 4-5 tahun kami tak jumpa..

Itu secara tidak rasmi. Sekarang sy nak crita pertemuan kami secara rasmi..Kami berjumpa semula masa Open House Hari Raya Aidilfitri yg lepas di rumah sy..Memang niat sy nak jemput diaorg ni masa Open House tu..Sy sendiri jemput mereka datang secara rasmi. Dapat la sy mejamu mereka dengan pelbagai hidangan yg special..Tapi,hidangan istimewa tu tak la penting sgt..Niat & matlamat utama sy jemput mereka datang ke rumah sy adalah untuk megeratkan silaturahim persahabatan kami. Ikatan persahabatan kami lebih penting. Sy rasa happy & puas sebab dapat spend time dengan mereka. Paling best,kami ni semua suka bergambar. Asal ada peluang,mesti nak snap gambar..Berposing sakan kami hari tu. Diaorg ni memang sporting. Dengan pertemuan kali ni sy dpt la lepak dgn diaorg ni lama skit..Diaorg pun sporting nak stay kat rumah sy.Memang sy nak diaorg stay kat rumah sy,at least boleh la kami borak panjang. Cuma ada kekurangan sikit..Kawan kami Izzah tak dapat bersama. Si Izzah ni tak dapat dikesan..Tapi,sekarang kami dah dapat mengesan si Izzah ni kat Facebook..Dah lama sy tunggu si Izzah ni buat Facebook.

Di sebalik kisah pertemuan kami ni, moral of the story yg sy nak share ialah erti persahabatan. Walaupun kami sibuk dengan urusan masing-masing,tapi kami still contact & remember each other..Mereka ini la yg sy namakan“Sahabat Sejati”..Mereka sanggup bersama sy tak kira di waktu senang atau susah..Mereka mengajar sy erti persahabatan yg sebenar.To all my bestfriend,
I really appreciate our friendship. Thank you so much for being my good friend..Love u all..

*Tak dilupakan my bestfriend from Kuantan, Adreena.You're also my bestfriend..Dari zaman kanak-kanak sampai la skrg, you always be my Friend Forever! Shidah from SMKS9 & all my friends that are very supportive..Love u all Syakirin, Hazirah, Adilah, Izzah, Adreena & Shidah. Terharu sgt dpt kawan mcm korang semua..Bertuah sy dpt kawan mcm diaorg ni..I love all my friends..